Dewa Agni
Dewa Agni

Dewa Agni

Dewa Agni merupakan dewa api dalam agama Hindu awal. Ia disebut dalam kitab Rig-Veda sekitar 1500 hingga 1000 S.M. Dia memiliki tiga penampilan: iaitu sebagai api, kilat dan matahari. Bagi penganut Hindu, bunyi desiran api merupakan bunyi pertuturan dewa Agni. Dewa Agni digambarkan sebagai dewa yang memiliki tujuh lengan dan menaiki pedati yang dipacu oleh kuda merah.Kehadiran meja persembahan api di tapak tamadun Lembah Indus membayangkan bahawa dewa Agni mungkin merupakan salah satu pantheon pada kurun ke tiga S.M. Pembinaan tempat api atau altar, yang dikenali sebagai agnicayana, dalam bahasa Sanskrit, adalah penting dalam upacara Vedik.Sami yang dikenali sebagai agnihotri bertanggungjawab mengekalkan api suci. Kitab Rig-Veda menggambarkan dewa Agni sebagai penyinar kegelapan, penjaga aturan kosmik, dan penerima penyembahan harian.